Thursday, November 25, 2010

cerita hantu

HANTU ASRAMA 1

Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur... bukan aku la yang kena, aku pun dengar cerita je. Ceritanya macam ni....... kat asrama pompuan... ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya... sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu... dia tak sedar lagi benda tu bukan orang.... masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Peh tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat," lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang 'member' tu lak kata "Dah ingat ke dah tahu....????" maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu... budak ni terus lari balik dorm dia.... Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih.... Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi... Takoot siottt..... Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.......

Sekian dari aku yang banyak cerita hantu ni.... Nanti aku hantar lagi
cerita kalau assignment aku siap, kay?? Wassalam....

Tarik Rambut Hantu Didalam Tandas

Petir sabung-menyabung menyebabkan aku tersedar dari tidur. Aku memandang rakan sebilik yang sedang tidur lena. Suasana sejuk membuat aku terasa hendak buang air kecil. Kerana tidak sampai hati hendak mengejutkan rakan yang penat bermain bola jaring petang tadi, aku beranikan diri ke tandas seorang diri.
Dada ku berdegup kencang ketika melangkah masuk ke bilik air. Memang tidak pernah aku ke situ seorang diri. apatah lagi dalam hujan ribut begitu.Aku cepat-cepat membuang air kecil dan menarik pam.

Entah kenapa tali pam tu terasa lain sekali. Ku terasa bulu roma ku meremang. Aku memandang ke atas dan rasa hendak terkeluar jantung ku apabila melihat bukan tali yang aku tarik tapi rambut seorang wanita hodoh yang duduk bertenggek di atas pam sambil tersenyum menyeringai menunjukkan taringnya.

Aku menjerit dan menerpa pintu. Apabila ku selak daun, pintu dia betul- betul berada di hadapan ku. Matanya terjojol merah, terasa lidahnya menyentuh muka ku.

Aku menjerit sekuat hati dan pandangan ku menjadi gelap.

Apabila ku sedar aku berada di dalam bilik. Kawan-kawan mengelilingi aku.

Menurut mereka, aku di temui pengsan di depan tandas. Aku demam seminggu .Sejak itu, aku tidak berani ke tandas seorang diri.

No comments:

Post a Comment