Monday, April 15, 2013

Nikah Gantung


Assalamualaikum...

okey.. nikah gantung?
what is it? kan kan..


  • yang kita tahu ialah nikah gantung ni lps nikah xboleh duduk sebumbung... 
  • hanya boleh berdating,bermesra dll
  • tanggungjawab as a husband n wife x berat sgt..
  • aku ada dengar ceramah,dia ckp 'bagi anak perempuan dia yang sudah bernikah gantung maka tanggung masih pada bapa,bkn pada suami'
  • sesuai untuk student.. (xde la asyik buat maksiat je)

so...
aku nak nikah gantung la.. mcm besh je.. hahha,, 

sedikit info :


  1. Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
  2. Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
  3. Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
  4. Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
  5. Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.


No comments:

Post a Comment